About Stuff Linkies Fanfic Journal

Thursday, December 20, 2012

19 December

Junhyung menari zapin sebab sambut birthday dia yang ke-23. LOL!

Assalamualaikum, annyeong dan hello!

     19 Disember. Ada apa dengan 19 Disember? Haa.. Bagi manusia biasa yang bukan berumur 15 tahun, mungkin merasakan tarikh itu tidak penting. Bagi B2UTY, tarikh 19 Disember ialah birthday Yong Palli Palli, Yong Junhyung a.k.a Joker.. Tapi bagi 97-liners, 19 Disember merupakan detik yang agak menakutkan. Result PMR keluar! Aku takde benda nak cerita pasal result PMR aku. Bagi aku A yang aku dapat tak cukup.. Tapi bagi orang lain, mereka merasakan A yang aku dapat sudah dikira banyak. Walaubagaimanapun aku bersyukur dengan result yang aku dapat sekarang. Sudah rezeki aku.. Nak buat macam mana. Main banyak, belajar sikit!


      Masa ambil result dekat Teacher Leong [Guru Kelas], Teacher cakap "Tahniah, awak dapat 6A.." Masa tu muka aku dah masam. Nak menangis malu nak menangis depan orang lain pulak. Lepas tu jumpa dengan Cikgu Zai, dia tanya "Dapat berapa A?" Aku jawab, "6A je." Cikgu Zai cakap, "Okay la tuh. Jangan masam muka tu. Senyum!" Aku pun buat senyum paksa depan Cikgu Zai. Masuk dalam kereta baru air mata aku keluar. Ibu aku cakap, "Kamu menangis bukan sebab dapat 6A, tapi sebab tak dapat iPhone kan?" Bijak Ibu aku! Dulu sebelum PMR, Ibu aku janji kalau dapat 8A/ 7A dapat iPhone. Tapi aku dapat 6A, jadi Ibu aku offer Samsung Galaxy. Tawaran Ibu aku masih dibiarkan dulu, nanti baru fikirkan nak terima atau tak tawaran Samsung Galaxy tu. Nak iPhone~!! Ibu aku cakap, "Bersyukur la dapat 6A, cuba kamu bandingkan dengan orang yang tak dapat A langsung tu.. Masa trial PMR, kamu dapat 3A. PMR sebenar kamu dapat 6A. Okay la tuh!" Ayah aku cakap pulak, "Alhamdulillah. Tahniah!" Aku sebak sebab tak dapat 8A untuk ibu bapa aku. Dari UPSR sampai la PMR tak pernah dapat straight A. UPSR, aku kurang 1A. PMR pulak aku kurang 2A. Haihh~ Nampak gaya tak dapat laa aku nak masuk MRSM ataupun SBP, A tak cukup! Ibu aku nak 'sumbat'kan aku dalam asrama yang pernah menolak tawaran aku dulu, masa result UPSR.. Benci asrama tuh! Nanti kalau sekolah dekat sana, mesti kena jumpa dengan 'jiran' yang aku jumpa masa Karnival Sains.. Poyo je budak tuh! Puihh..


Joker-ah, sorry tak dapat trending kau punya birthday. Aku gugup tunggu hari result PMR keluar sampai aku takde mood nak ber-tweet, ber-facebook mahupun ber-blog. Tahun depan aku celebrate birthday kau. Itupun kalau nyawa aku masih dipanjangkan lagi.. Joker, kau dah tua. Walaupun dah tua tapi kau kena kekalkan senyuman awkward kau yang boleh bagi bulu roma aku meremang.. Ahaks! Cepat-cepat la kahwin. Kalau kau dapat kahwin dengan Hara, aku tabik spring 24 kali.. Hahahaha.

8 comments :

Chazz said...

la.. popup rupanya..
congratulations on your PMR result.. that is such a huge achievement, you know XD I'm happy that most of my onine dongsaengs scored good result in their PMR ^^ are you going to stay at the hostel?? nuuuuuu!!! ahahhaha XD

Amirah said...

Ambikla Samsung Galaxy tu... saya pakai Nokia kotak je.. malu gile pakai kat skolah..

Congrats! 6A bukan senang sangat nak dapat!

※ Najia Idrina ※ said...

Congrats ^^ Takutnya tahun depan. Saya batch last PMR lol ~_~"

Raihanah Ariff said...

Chazzie unnie: Thank you unnie, because of you I got A in English. You give me an encouragement to speak/ learn more English language.. Yarr! I want to stay at hostel.

Raihanah Ariff said...

Amirah: Hahaha.. Terima kasih. Pakai handphone apa-apa pun takpe. Asalkan ada kredit. Kalau guna handphone mahal-mahal tapi takde kredit, takde gunanya pun..

Raihanah Ariff said...

Najia Idrina: Thanks. Good luck for your PMR next year. You're candidate for last batch PMR, so do the best!

Atiqah Faudzi said...

Rezeki adek dah dapat 6A . Takpe . Alhamdulillah :D . Mungkin akan dapat lebih baik masa SPM nanti :D

Raihanah Ariff said...

Terima kasih Kak Umie :)