About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, December 24, 2012

Tutorial : Photoshop - Cut Picture Using Lasso Tool

Kris jalan macam bos..!

Tolong tekan LINK ni. Anda telah membantu kawan saya. Terima kasih. Semoga Allah balas jasa baik anda.

Assalamualaikum, annyeong dan hello!
Okay. Aku baru lepas tengok Running Man episod 4 dengan adik aku. Kelakar gila. Back to the topic! Hari ni aku nak buat tutorial 'gunting' gambar dengan menggunakan lasso tool. Mungkin ramai yang dah tahu macam mana nak guna benda alah ni. Tapi tutorial ni aku buat bagi yang tak tahu buat. Ooyeah. Benda alah ni aku belajar sendiri. Dengan berkat tenaga dan masa aku mengodek-godek photoshop, akhirnya aku reti juga fungsi Lasso Tool. LOL!

1. Buka Adobe Photoshop anda. Lepas tu buka gambar yang anda nak 'gunting'. [Ctrl + O]


2. Tekan button nombor tiga pada 'perkakas' anda. 


3. Lepas tu anda ikut keliling gambar anda. Anda kena ikut gambar anda itu dengan sekali klik pada mouse anda. Kalau tidak nanti tak jadi. Bila dah siap, nanti dia keluar garis putus-putus pada sekeliling gambar yang anda dah ikut tadi.


4. Lepas tu anda buat canvas baru. Ikut suka hati anda sama ada nak buat canvas berwarna ataupun tidak.  [Ctrl + N]


5. Lepas dah siap canvas baru tu, anda drag gambar yang putus-putus tu ke dalam canvas baru yang anda dah buat tu.


6. Kalau anda nak tambah text ataupun texture pada canvas tu pun takpe. Bila dah siap, save la..


Chan~! Senang jekan.. Kalau ada benda yang tak faham, tanya je aku. Insya Allah aku akan cuba menjawabnya.. Kena blah dulu! Assalamualaikum, ppyong dan sayonara. 



2 comments :

Atin Tory said...

Wow. awesome tuto :D..can i try? hehe..

♔ RΛIHΔΝAH ΑRІFҒ said...

Sure.. Just try it.