About Stuff Linkies Fanfic Journal

Tuesday, December 11, 2012

Pergi Balik Negara Kau Semula!

Aku rasa macam terpinggir di Kutub Utara/ Selatan sebab aku tak dapat pergi konsert Asia Super Showcase.. Nasib baik muka Haru Yoshida ni boleh menyejukkan mata aku! 
Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan helo!

Okay. Entri hari ni menggunakan Bahasa Melayu sebab entri ni adalah luahan hati aku yang sudah terpendam selama dua hari. Jadi tak syok la kalau buat entri luahan perasaan dalam Bahasa Inggeris. Tak feel la kan.. Aku tahu anda semua mesti tahu yang sekarang ni BTOB, EXO-M dan Super Junior M ada dekat Malaysia. Sebab sekarang ni tengah berlangsungnya konsert Asia Super Showcase. Senang cerita la kan.. Aku sekarang ni tengah mengalami mental breakdown yang amat dashyat. Dashyat yang tak terkata.. Semua benda yang aku buat selama dua hari ni, semuanya tak kena. Kena mental breakdown la katakan. 

Aku jelly betul dengan orang yang dapat pergi konsert tu. Especially Soldier Raara. Dia pergi kot konsert tu! Ahh.. *tarik rambut macam orang gila* BTOB datang Malaysia, dua hari yang lalu.. Sampai je dekat Malaysia, dengar kata mereka menikmati Mee Goreng. Nomm.. Nom.. Nom.. *jilat bibir* Manakala EXO-M sampai Malaysia petang semalam.. Kris bawak anak baru! Buat masa sekarang aku tak nampak lagi Ace dekat Malaysia ni. Mungkin Kris tak bawak Ace kot.. Dia bawak adik Ace je. Sampai je dekat Malaysia, EXO-M terus makan KFC. Mesti mereka kebulur kan.. Malam tadi baru Super Junior M sampai. Tu pun lewat malam baru sampai. Donghae tertinggal passport, jadi dia dan Eunhyuk naik flight lain. Itu apa yang aku dengar laa.. "Aww~ Sweetnya EunHae!" 

Tadi dekat Twitter kecoh pasal BTOB, EXO-M dan Super Junior M. Ye laa.. Mana tak kecohnya! BTOB jalan-jalan dekat KLCC, siap shopping sakan lagi. Dengar kata Peniel beli Baju Melayu. Mboo?! Mesti Peniel nak ajak aku kahwin lari dengan dia. Sebab tu dia siap beli Baju Melayu. Ahakss! Perasan je aku ni.. "Peniel, tolong beli Baju Melayu extra warna ungu. Lepas tu bagi dekat Dongwoon oppar. Nanti aku bank in duit dalam bank kau, sebab kau dah tolong belikan Baju Melayu untuk suami aku dekat Seoul." Lepas tu BTOB pergi mana ntah. Tapi tempat tu terbuka. Sungjae pakai shawl warna pink. Omoo.. Lawa gila kot dia! EXO-M pulak jalan-jalan dekat One Utama. Luhan boleh tersalah masuk tandas. Dia nak masuk tandas lelaki tapi termasuk tandas perempuan. "Jellynya degan perempuan yang terserempak dengan Luhan dalam tandas tu.." Dengar kata jugak EXO-M shopping sakan untuk EXO-K. Omoo.. Sweetnya mereka! Akhir sekali, ada orang kata Super Junior M jalan-jalan dekat Pavilion. Waaa~ Seriously aku nak cakap aku superbly jelly dengan orang yang terserempak dengan lelaki dari Korea tu. Fuhh!!

Ni aku nak tunjuk. Pertama kali dalam hidup aku, benda ni aku alami di dunia Twitter.. Tadi aku saja je fangirling dekat Twitter. Aku tweet dengan seikhlas hati. Hahh.. Ambik kau! Aku dapat 91 Retweets. Terkejut beruk aku! Tak pernah dalam hidup aku dapat retweet sampai banyak tu. Selalunya paling banyak aku dapat, hanya 20 retweets. Tapi mana boleh nak tandingi retweet tweet AfiqKangMinhyuk oppar. Dia lagi banyak. Kalah tweet Bunkface! Hahahha. By the way.. Ni antara tweet yang aku tweet tadi dekat Twitter. Nampak sangat tweet aku menunjukkan aku tengah mengalami mental breakdown.




Ni pulak gambar yang aku curi.. Dari Twitter, Facebook dan Tumblr.. Tengok la puas-puas. Aku dah muak nak tengok gambar tu. Buat aku rasa nak meraung macam orang gila je.. "Aku tipu je lebih!" *mengintai gambar-gambar tu*

Anak baru Kris dan adik baru buat Ace. Agaknya Kris nak bagi nama apa pada adik baru Ace ni?

Sungjae pakai shawl warna pink. Sumpah lawa gila! Tiba-tiba rasa insecure pulak >.<

Pengurus BTOB tweet gambar ni dekat Twitter. Masa tu rasa macam nak tutup laptop dan nak campak laptop ni jauh-jauh. Tapi bila diingatkan semula, ni laptop ayah aku. Bukan aku punya. Kalau aku punya, dah lama laptop ni berkecai..

Nak blaa dulu.Twitter pun dijangka malam ni aku tak kan online sebab aku tahu nanti mesti banjir dekat TL aku pasal Asia Super Showcase. Nanti silap hari bulan aku boleh gila hanya sebab baca tweet pasal konsert tu je. Aku tak nak gila, jadi aku berkeputusan untuk tak nak ON Twitter. Facebook pun sama.. Tapi aku nak ON Flickr. Tengok gambar yang cantik-cantik.. Boleh sejukkan hati aku yang tengah panas membara ni.. Assalamualaikum, ppyong dan sayonaraa..

Esok 12.12.12.. Aku harap nanti ada tiket VIPP Golden Disk Awards jatuh dari langit. LOL! Tapi kalau betul-betul jadi, aku hanya boleh ucapkan Alhamdulillah.. Ahakss XD

4 comments :

Little Miss said...

damnly jelly. my friend dapat tiket free. tapi, tk smpat nak ambek dgn dy. dy dah bg kt member dy sbb lmbt bgtaw dy. sob3. i'm dying rite now.

♔ RΛIHΔΝAH ΑRІFҒ said...

Kesiannya dekat You..

Miss HunHan~ said...

Jelly gila \sobz,sobz/ Patut nya tiket ni boleh jadi hadiah untuk keputusan 5A aritu *Kenapa ah aku ni pabo sbb tak minta* T.T

♔ RΛIHΔΝAH ΑRІFҒ said...

Ni lagi sorang.. Lain kali kalau dapat result okay, mintak je benda yang bukan-bukan dekat parent. Kan sekarang dah melepas! Hehehe XD