About Stuff Linkies Fanfic Journal

Wednesday, November 07, 2012

Even She Just A Baby..

"Walaupun budak perempuan tu hanya seorang bayi, Hana masih jelly dengan dia. Haihhh~"

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello fellas!

Kayy, tajuk dekat atas tu berkaitan dengan B1A4 Hello Baby.. Hana dah tengok sampai habis cerita tu semalam walaupun episode 11 dan 12 takde english subtitle. Nasib baik la ada sikit-sikit perkataan yang Hana paham masa mereka cakap dalam cerita tu.. Final episode dia sudah semestinya sedih. Hana join sekali nangis masa Hana tengok Gongchan menangis.. Masa tuh! Fuhh.. Muka dia yang comel tu terus jadi over cute.. Dah la Gongchan, appa yang paling rapat dengan baby-baby tu. Oh! Mesti Gongchan appa dan appa yang lain sedih gila masa berpisah dengan baby-baby tu. Actually, Hana jelly dengan Eunseol, baby girl yang jadi anak kepada B1A4 appas. Eunseol rapat gila dengan Gongchan.. Haishh.. Hana jelly dengan budak tu sebenarnya. Budak tu siap kiss Gongchan appa lagi. Haihh ==' "Mesti korang ingat aku gila. Dengan budak kecik pun nak jelly. Tak matang langsung!" Hahaha.. Kay, Hana memang mengaku yang Hana neh memang tak matang pun. depan lelaki je Hana kelihatan matang. Depan orang lain selain lelaki, Hana keanak-anakan je. Hewhewhew.. Ooyeah! Hana ada buat video gif dimana baby Eunseol tu ciomolot Gongchan appa. Tskk.. Robek hatiku pabila ku melihat adegan tu! Puihh..

"Tengok mereka kiss mulut. Hishhh.."

Hari neh dekat sekolah, bapak penat! Banyak masa diluangkan di padang. Dari pagi sampai la nak dekat tengahari. Fuhh.. Badan neh dah bau macam stokin busuk je sebab banyak berpeluh. Banyak faktor kenapa badan Hana neh dah jadi bau macam stokin busuk. Faktor pertama sebab berjemur dekat padang. Yang kedua pulak, tadi ada perlawanan final untuk bola jaring.. "Kumpulan Hana menang nombor satu. Weee~" Yang ketiga pulak Hana dan kawan-kawan yang lain main bola keranjang tanpa memakai kasut dekat padang. Mula-mula main bola keranjang dekat tempat main bola keranjang, tapi cikgu halau sebab tempat tu dekat dengan dewan tempat budak SPM jawab soalan. Jadi kami sambung main pulak dekat padang. Kami guna tiang bola jaring je nak main bola keranjang tu. Lepas main bola keranjang, kaki Hana ada rasa macam terseliuh pulak sebab berebut bola dengan kawan-kawan yang lain. Lepas dah penat main bola keranjang,  Hana main pulak softball dengan Ain. Fuhh~ Sakit tangan Hana main softball sebab dah lebih kurang 2 tahun Hana tak main softball. Kali pertama dan terakhir Hana main softball adalah ketika Hana tingkatan 1. Masa tu Hana ingat lagi, abang-abang senior dulu ajar Hana dan kawan-kawan main softball. Kelakar gilaa macam mereka ajar kami. "Ohh! Abang Din, Abang Yop, Abang Mior dan Abang Ejat. Hana rindu korang sangat-sangat. Ahakss!"

Hana sebenarnya tak tahu sama ada kawan-kawan Hana yang Hana sedang berperang dingin dengan mereka tu, sebenarnya ikhlas nak berkawan semula dengan Hana ataupun mereka saja je nak memperbodohkan Hana. Apabila Hana cuba  cakap dengan mereka tadi, mereka gelak sakan macam orang gila. Jadi Hana neh tak sedap hati la. Mana la tahu kalau mereka saje je nak memperbodohkan Hana. Tapi kalau mereka memang ikhlas nak berkawan semula dengan Hana, Hana okay je. Sebenarnya Hana bukanlah benci nak kawan dengan mereka. Hana cuma malas nak tegur mereka je. Heeee~ :p

Ooyeah! Semalam kan Hana mimpi bapak kelakar gilaa.. Ada ke patut Hana mimpikan Gongchan! Yang paling tak boleh blaa.. Bila dalam mimpi tu B1A4 buat show dekat sekolah adik Hana/ sekolah rendah sebelah sekolah Hana sempena Hari Kanak-Kanak. Dalam mimpi tu Hana salam dengan Gongchan yang menyimpan jambang macam jambang yang ex-Yuna, Qi Razali pernah buat dulu. LOL! Ni la padahnya kalau sebelum tidur tengok cerita B1A4 Hello Baby. Hahahhaa.. Bila Hana cerita mimpi ni dekat ibu Hana, ibu Hana cakap Hana mimpikan benda yang ntah apa-apa. Hikhikhik.. "Adoii.. Senak perut aku bila teringat balik mimpi tu.." Yang paling pelik dalam mimpi tu, Hana hanya bersalaman dengan Gongchan seorang je. Dengan ahli-ahli yang lain Hana tak salam. Okay! Straight to the point, Hana rasa Hana dah fallin' in love with Gongchan la. Sekarang neh Gongchan berada di tempat yang kedua selepas Dongwoon. "Tempat Dongwoon takde siapa boleh gantikan.." Well. Hana memang berminat dengan maknae-maknae pada setiap group. Ada beberapa orang bias Hana je yang bukan jadi maknae dalam group. Hah! Hana tak sabar nak sambut birthday Jinyoung. Birthday dia nak dekat dah. Hana tak fikir lagi nak sambut birthday dia macam mana. Nak buat icon ke apa.. Hmmm..

Kay. Got to go now! Assalamualaikum, ppyong dan sayonaraa..

4 comments :

Syamitsu said...

Kalau org yg saya suka ciomolot dgn budak kecik, saya pown jeles.. n_n

Raihanah Ariff said...

Hahaha.. Sama le kita ;)

Acenana said...

diorang memang comel ᵔᴥᵔ

Raihanah Ariff said...

Ahh~
Sebab mereka terlampau comel la, saya jadi gilaa XD