About Stuff Linkies Fanfic Journal

Wednesday, January 02, 2013

Tutorial : Photoshop - Border Pada Gambar

"WTF with these two maknae, Fake Maknae and the Real Maknae?"

Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan helo!
Hari ni aku nak buat tutorial pasal buat border pada gambar. Aku tahu kebanyakan yang dah pro dengan Adobe Photoshop mesti dah tahu macam mana nak buat benda alah yang aku maksudkan tu. Tapi aku buat tutorial ni untuk yang baru nak belajar macam mana nak buat benda alah ni. Sebenarnya nak buat benda alah ni senang je. Ooyeah! Tutorial border pada gambar ni aku try and error sendiri. Jadi cara membuatnya sudah semestinya ikut cara aku, Raihanah Ariff. LOL!


1. Open Adobe Photoshop anda. Open gambar yang anda nak buat border tu. [ Ctrl + O ]. Macam aku, aku guna gambar icon Dongwoon yang aku buat sendiri.


2. Anda pergi ke Image > Canvas Size. Tekan click pada Canvas Size.


3. Nanti dia keluar macam dekat print screen di bawah ni. Anda ikut apa yang aku dah buat dalam print screen ni.


4. Then lepas dah set dekat Canvas Size tu tekan OK. Nanti dia akan keluar macam ni. "Selalunya dia akan keluar macam ni. Tapi kadang-kadang dia akan dengan sendirinya jadi warna putih pada luar gambar tu - transparent. Kalau jadi transparent di luarnya, anda ikut step seterusnya. Kalau terus keluar warna putih, anda lompat ke step yang ke - 7."


5. Anda tekan Paint Bucket Tool. dan pilih warna cat yang berwarna putih.


6. Lepas dah cat bahagian yang transparent tu, dia akan jadi begini.


7. Anda tekan Image > Image Size [ Alt + Ctrl + I ]. Fungsi benda yang aku tengah buat sekarang ni ialah untuk tahu berapa saiz canvas sekarang ni. Step ni agak penting!


8. Lepas tu anda buat canvas baru. Tekan File > New [ Ctrl + Alt + N ] dan setkan kepada saiz yang anda rasa sesuai. Lagi bagus kalau saiz canvas ni besar.


9. Then anda drag gambar yang sekelilingnya dah jadi warna putih tu masuk kedalam canvas yang baru anda buat tu.


10. Seterusnya, anda tekan right click pada Layer gambar anda dalam canvas baru tu. Dan anda tekan Blending Option.


11. Anda tick pada Stroke. Dan setkan seperti dalam print screen yang aku dah buat ni. "Warna dia, terpulang kepada anda nak buat warna apa. Dan untuk ketebalan stroke tu pun terpulang kepada anda. Tapi kalau untuk border, sesuai buat ketebalan dia 1 je." Dah siap, tekan OK.


12. Lepas tuh anda tekan pada Crop Tool untuk meng-crop gambar tu supaya bagi kecik molek.


13. Dah siap! Nanti dia akan jadi macam ni..


Senang jekan?! Kalau ada benda yang tak faham, tanya aku. Nanti Insya Allah aku akan sedaya upaya menjawab soalan yang anda tanya. Kena blah dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..
Tekan pada setiap gambar untuk tumbersaran yang sempurna.

4 comments :

Fateha Halim said...

thanks awk ! tapi soalan sy yang sebenarnya, macam mana nak buat gamba dekat sebeblah bio. mcm dalam print screen, yang saya kotak kan tu. http://i.imgur.com/qqpqd.jpg

macam ni, dah letak gmb macam then kat sebelah gambar tu kita type bio mcm biasa. err, awk faham ke soalan sy? ._. harap awk faham.

y u i said...

thanks for the tuto :)) nicee

Puteri Auni Kamaruzzaman said...

Nice tutorial dear :)

SI COMOT said...

jom join..banyak hadiah ditawarkan!

http://love-berry06.blogspot.com/2013/01/mega-exclusive-giveaway.html