About Stuff Linkies Fanfic Journal

Sunday, November 25, 2012

Double Mental Breakdown

5 comments :

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello guise!

Dalam entri ni, Hana akan guna kata nama diri AKU sebab tiba-tiba rasa hari ni nak berkurang ajar sikit. Dah selalu sangat aku bersopan kan. Jadi biarlah aku berkurang ajar, sekali sekala.. Bukan selalu pungg. Buat masa sekarang aku berhenti sekejap tulis fanfic. Kesian fanfic Never or Forever, sebab terpaksa digantung untuk seketika waktu. "Sorry twinnie, I kena berhenti tulis fanfic You ni. Nanti I sambung bila I dah ready." Aku berhenti tulis fanfic untuk seketika waktu kerana banyak faktor. Antara salah satu faktornya, ada orang kata nanti Dongwoon buat kiss scene untuk muzikal yang dia tengah lakonkan. Robek hati aku pabila mendengar rumor tu. Seharian aku menangis sebab rumor tu. Mata aku sembab, sebab banyak menangis. "Yeobo~ You jahat! You buat I menangis. You dah janji dengan I dua tahun yang lalu, You cakap You akan bahagiakan I. Tapi You tipu! You tahukan I sangat mencintai You.." Puihh! Nak ber- I You pulak. Macam la dia tahu yang aku sayang gila babun dengan dia pun. "Kepada sesiapa yang rasa nak muntah pelangi lepas baca ayat yang agak romantik dan gedik tu, dipersilakan. Tapi harap maafla, aku tak sediakan baldi percuma untuk anda.." Seharian aku mental breakdown sebab rumor tu je. Dah la Yoseob buat solo debut, dalam MV dia ada kiss scene. Bertambah-tambahlah mental breakdown aku ni..

Faktor yang lain pulak, sebab masa Shout Award tu ada rakyat Malaysia yang kurang ajar nak mampuih! Tetamu dari korea, NU'EST dan VIXX datang Shout Award untuk buat persembahan, tapi mereka yang tidak berpelajaran tu pergi BOO dekat mereka. Dahlah dua-dua group tu, masih rookie. Ni first time mereka buat show dekat Malaysia, tapi dah kena BOO. Aku gerenti, mesti mereka serik nak datang Malaysia lagi untuk buat show. "Sial punya orang! Tiada adab langsung.. Orang sebegitu perlu dimasukkan kedalam zoo. Biar penjaga zoo tu didik mereka macam mana nak beradab. Monyet dekat Zoo Negara pun beradab sikit daripada manusia-manusia tu.." Jadi aku dan kpoppers lain, mintak maaf dekat mereka melalui Twitter. Walaupun VIXX dan NU'EST cakap "It's okay.." Tapi sumpah malu gila dengan perangai orang berkepala lutut tu. Sekarang ni semua orang tidak kira dari luar dan dalam negara dah tahu yang Non-Kpoppers dekat Malaysia buat BOO dekat NU'EST dan VIXX. Bagus! Sekarang negara kita dah terkenal dengan kebiadapan yang terlampau. "Good job kpop haters! Buat la lagi.. Penat Perdana Menteri kita buat meeting dengan negara luar semata-mata nak memperkenalkan negara kita ni merupakan negara yang beradab, tapi kau buat negara kita terkenal dengan kebiadapan. Bagus sangat la woii~"

Faktor yang ketiga, sebab sekarang ni aku dah rajin buat cover untuk fanfic. Yelaa.. Asyik buat fanfic je, covernya takde pung.. Terima kasih buat Nana Johari unnie sebab buat tutorial macam mana nak buat cover fanfic. Dia buat lawa, tapi bila aku buat... Puihh! Buruk nak mampuih.. Rasa macam nak flip laptop je bila tengok cover yang aku buat sendiri. Buat masa sekarang aku dah siapkan 4 cover fanfic. Fuhh~ Banyak jugak aku buat cover walaupun tak lawa. Kekekeke.. Kay, sekarang baru aku tahu Krystal dan Kai memang sesuai bergandingan dalam fanfic. Sebab banyak fanfic yang aku baca, Krystal mesti dengan Kai. Aww~ Sweet! "Bini-bini Kai jangan hentam aku. Aku cakap je tapi tak maksudkannya.." Hehehehe!


Aku upload 2 cover je. Nak tengok lagi, cover yang aku buat SILA TEKAN SINI! Kena bla dulu! Esok aku akan ambil peperiksaan. Tapi aku tak prepare satu apa pun. Relax! Aku memang macam ni, tunggulah malam karang. Semua benda aku tak lalu nak buat sebab takut nak ambil peperiksaan tanpa mengulangkaji. Silap hari bulan, tidur pun aku mahu. Takut punya pasal.. LOL! Aku memang cenggini. Gedik~ Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..

Thursday, November 22, 2012

Freebies : Background - Floral

7 comments :
"Pehal Myungsoo buat muka macam tu?! Rasa macam nak bagi SELIPAR + PAYUNG dia je.."

Bissmilahirahmanirahim. Assalamualaikum dan hello guise!

Hari ni Hana terjumpa background-background yang comel dekat tumblr. Bertemakan floral. Hah.. background ni sesuai kalau anda letak dekat blog. Lawa kot! Hana dah letak salah satu background ni dekat blog fanfic Hana. Background yang warna biru tu. Tak percaya, pergi la check dekat blog fanfic Hana ;)


Name : Blue Floral
Link : http://i.imgur.com/EN0QS.png



Name : Green Floral
Link : http://i.imgur.com/NnLtC.png



Name : Peach Floral
Link : http://i.imgur.com/hk6Fw.png



Name : Pink Floral
Link : http://i.imgur.com/CmaYb.png



Name : Purple Floral
Link : http://i.imgur.com/viaLd.png



Name : Torquise Floral
Link : http://i.imgur.com/ngnpV.png


Tak perlu kredit. Cuma tinggalkan komen di bawah kalau anda guna. Kalau nak kredit jugak, lantak anda la. LOL! Kena chow dulu, assalamualaikum, ppyong dan sayonaraa!


Monday, November 19, 2012

"Macam Dunia Ni Aku Yang Punya.."

No comments :


Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello guys!

Mula-mula sekali Hana nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Almaklumlah.. Hana ni baru je sihat dari kena demam panas. Cuaca sekarang kan tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas terik. Tu Hana kena demam panas. Sekarang ni pun Hana bukannya sihat sepenuhnya pun.

Sobss.. Sobss.. Dengar kata Abang Ammar MasterChef dah tersingkir. "Huaa... Kenapa dia terkeluar?! Kenapa?!" *menjerit macam orang gila sambil menarik-narik rambut sendiri* Sebenarnya Hana tak tengok pun MasterChef episod yang Abang Ammar kena singkir. Hana sekarang tengah duduk dekat rumah opah Hana sebab Ibu Hana pergi bercuti dengan kakak-kakaknya di Beijing. "Pergi meninggalkan anak masing-masing. Cehh!" Minggu depan inshaaAllah Hana akan pulang ke rumah sendiri. Heeee~ Hana nak sangat Abang Ammar masuk final. Tskk.. Tskk.. Ni ada gambar dia masa dia tersingkir. Hana curik dari facebook MasterChef. Hahahaha..

"Hana suka Along + Ammar. Mereka sweet sangat sebagai bestie ;)"

Hari tu Along keluar lepas tu masuk balik. Sekarang Ammar pulak keluar. Terpaksa Along bersendirian semula tanpa Ammar. Hari tu Ammar yang bersendirian tanpa Along. Haiyaa.. Ooyeh! Sebenarnya Hana nak cerita sikit ni. Sebenarnya ni cerita gembira bagi Hana. Tadikan Hana saje je tweet dekat twitter macam ni..


Lepas sejam, tiba-tiba Abang Ammar reply tweet Hana. Masa tuh Hana rasa macam dunia ni Hana yang punya. Woaw! Retis reply tweet Hana. LOL! Seriously Hana cakap, Hana rasa macam artis korea yang balas tweet Hana. Ahakss! "Kalau nak tunggu artis korea reply tweet aku, mahu dah tumbuh  jambang dekat muka aku ni.."

"Heee~ Tengok apa yang Abang Ammar reply dekat Hana. Kekekeke ;p"

Chef Jo ada pesan dekat Abang Ammar masa dia kena singkir, "Sambil terbang boleh masak.." Hahaha.. Sebenarnyakan, Abang Ammar ni antara ciri-ciri lelaki idaman Hana. Dah la dia handsome, seorang pilot, pandai masak pulak tu. Fuhh~ Semua ciri-ciri lelaki idaman Hana ada pada Abang Ammar. Mesti korang ingat Hana gatal sebab panggil Ammar sebagai Abang Ammar. Hana bukannya gatal tapi itu tanda Hana hormat kepada orang yang lebih tua dari Hana. Abang Ammar tu tua 7 tahun dari Hana. Lainlah kalau Zelo [B.A.P] tu Hana panggil dia Abang. Memang saja nak kena laa.. Tua setahun dari Hana je si Jelo tu. Ahakss! Tapi Hana saja gatal-gatal nak panggil dia Oppar sebab dia tinggi gila dari Hana. Tak tahu la dia makan apa tapi dia baru berumur 16 tahun, dah tinggi 180+. Perghh.. "Lari topik!"

Huhh.. Boring kot duduk rumah opah Hana ni. Dah la takde astro, internet pun slow macam siput je.. Stress dibuatnya bila nak tengok video dekat Youtube. Okayla, kena blaa dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara!

P/S : Hana dah siapkan satu oneshot fanfic dan beberapa chapter untuk fanfic Lemon Kiss. Tapi korang tak boleh baca lagi fanfic tu. Hana tengah edit blog fanfic tu. Buruk gila Hana edit. Puihhh!

Jangan lupa teruskan berdoa untuk penduduk Gaza.. Sungguhpun orang Islam tiada senjata sehebat orang Israel, tapi kita ada Allah..

Wednesday, November 07, 2012

Even She Just A Baby..

4 comments :
"Walaupun budak perempuan tu hanya seorang bayi, Hana masih jelly dengan dia. Haihhh~"

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello fellas!

Kayy, tajuk dekat atas tu berkaitan dengan B1A4 Hello Baby.. Hana dah tengok sampai habis cerita tu semalam walaupun episode 11 dan 12 takde english subtitle. Nasib baik la ada sikit-sikit perkataan yang Hana paham masa mereka cakap dalam cerita tu.. Final episode dia sudah semestinya sedih. Hana join sekali nangis masa Hana tengok Gongchan menangis.. Masa tuh! Fuhh.. Muka dia yang comel tu terus jadi over cute.. Dah la Gongchan, appa yang paling rapat dengan baby-baby tu. Oh! Mesti Gongchan appa dan appa yang lain sedih gila masa berpisah dengan baby-baby tu. Actually, Hana jelly dengan Eunseol, baby girl yang jadi anak kepada B1A4 appas. Eunseol rapat gila dengan Gongchan.. Haishh.. Hana jelly dengan budak tu sebenarnya. Budak tu siap kiss Gongchan appa lagi. Haihh ==' "Mesti korang ingat aku gila. Dengan budak kecik pun nak jelly. Tak matang langsung!" Hahaha.. Kay, Hana memang mengaku yang Hana neh memang tak matang pun. depan lelaki je Hana kelihatan matang. Depan orang lain selain lelaki, Hana keanak-anakan je. Hewhewhew.. Ooyeah! Hana ada buat video gif dimana baby Eunseol tu ciomolot Gongchan appa. Tskk.. Robek hatiku pabila ku melihat adegan tu! Puihh..

"Tengok mereka kiss mulut. Hishhh.."

Hari neh dekat sekolah, bapak penat! Banyak masa diluangkan di padang. Dari pagi sampai la nak dekat tengahari. Fuhh.. Badan neh dah bau macam stokin busuk je sebab banyak berpeluh. Banyak faktor kenapa badan Hana neh dah jadi bau macam stokin busuk. Faktor pertama sebab berjemur dekat padang. Yang kedua pulak, tadi ada perlawanan final untuk bola jaring.. "Kumpulan Hana menang nombor satu. Weee~" Yang ketiga pulak Hana dan kawan-kawan yang lain main bola keranjang tanpa memakai kasut dekat padang. Mula-mula main bola keranjang dekat tempat main bola keranjang, tapi cikgu halau sebab tempat tu dekat dengan dewan tempat budak SPM jawab soalan. Jadi kami sambung main pulak dekat padang. Kami guna tiang bola jaring je nak main bola keranjang tu. Lepas main bola keranjang, kaki Hana ada rasa macam terseliuh pulak sebab berebut bola dengan kawan-kawan yang lain. Lepas dah penat main bola keranjang,  Hana main pulak softball dengan Ain. Fuhh~ Sakit tangan Hana main softball sebab dah lebih kurang 2 tahun Hana tak main softball. Kali pertama dan terakhir Hana main softball adalah ketika Hana tingkatan 1. Masa tu Hana ingat lagi, abang-abang senior dulu ajar Hana dan kawan-kawan main softball. Kelakar gilaa macam mereka ajar kami. "Ohh! Abang Din, Abang Yop, Abang Mior dan Abang Ejat. Hana rindu korang sangat-sangat. Ahakss!"

Hana sebenarnya tak tahu sama ada kawan-kawan Hana yang Hana sedang berperang dingin dengan mereka tu, sebenarnya ikhlas nak berkawan semula dengan Hana ataupun mereka saja je nak memperbodohkan Hana. Apabila Hana cuba  cakap dengan mereka tadi, mereka gelak sakan macam orang gila. Jadi Hana neh tak sedap hati la. Mana la tahu kalau mereka saje je nak memperbodohkan Hana. Tapi kalau mereka memang ikhlas nak berkawan semula dengan Hana, Hana okay je. Sebenarnya Hana bukanlah benci nak kawan dengan mereka. Hana cuma malas nak tegur mereka je. Heeee~ :p

Ooyeah! Semalam kan Hana mimpi bapak kelakar gilaa.. Ada ke patut Hana mimpikan Gongchan! Yang paling tak boleh blaa.. Bila dalam mimpi tu B1A4 buat show dekat sekolah adik Hana/ sekolah rendah sebelah sekolah Hana sempena Hari Kanak-Kanak. Dalam mimpi tu Hana salam dengan Gongchan yang menyimpan jambang macam jambang yang ex-Yuna, Qi Razali pernah buat dulu. LOL! Ni la padahnya kalau sebelum tidur tengok cerita B1A4 Hello Baby. Hahahhaa.. Bila Hana cerita mimpi ni dekat ibu Hana, ibu Hana cakap Hana mimpikan benda yang ntah apa-apa. Hikhikhik.. "Adoii.. Senak perut aku bila teringat balik mimpi tu.." Yang paling pelik dalam mimpi tu, Hana hanya bersalaman dengan Gongchan seorang je. Dengan ahli-ahli yang lain Hana tak salam. Okay! Straight to the point, Hana rasa Hana dah fallin' in love with Gongchan la. Sekarang neh Gongchan berada di tempat yang kedua selepas Dongwoon. "Tempat Dongwoon takde siapa boleh gantikan.." Well. Hana memang berminat dengan maknae-maknae pada setiap group. Ada beberapa orang bias Hana je yang bukan jadi maknae dalam group. Hah! Hana tak sabar nak sambut birthday Jinyoung. Birthday dia nak dekat dah. Hana tak fikir lagi nak sambut birthday dia macam mana. Nak buat icon ke apa.. Hmmm..

Kay. Got to go now! Assalamualaikum, ppyong dan sayonaraa..

Sunday, November 04, 2012

Freebies : Colouring PSD II

5 comments :

Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello fellas!

Kayy, adik Najia Irdina ni ada request Hana something. Dia request coloring PSD. Dia tanya Hana, Hana guna apa untuk edit gambar Hara dalam entri How To Make An Icon. Gambar Hara tu actually, Hana edit guna coloring action tapi Hana ada ubah sikit-sikit. Jadi hari neh Hana akan tukarkan action tu kepada PSD. Senang sikit anda semua nak guna. Kalau guna action, agak rumit. Actually, Hana tak reti nak buat action, sebab tu Hana buat PSD je. Hahahaha.. Ada dua colouring PSD, Hana nak buat hari neh. Kalau nak effect macam gambar Hara tu, anda semua guna PSD yang bernama "Jinyoung".


PSD name : Jinyoung
Download link : http://www.mediafire.com/?ii9tllnhpkjwv2s



PSD name : Gongchan
Download link : http://www.mediafire.com/?tyq9x5by9ysd559

B1A4 Hello Baby episod 11, takde yang english subtitles. Tak dapat Hana nak tengok. Tskk.. Tskk.. "Oh! My Gongchan.." Kena blaa dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.