Muka Surat : 432Tempoh : 24 jam.
Assalamualaikum.
Yohoo. Esok dekat sekolah akan bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun. Dan.. Aku tak ready satu apa pun. Hebat tak aku? Hahahaha.. Lepas ni aku ulangkaji la. Insya Allah benda yang aku ulangkaji satgi akan masuk dalam otak walaupun aku tahu sikit je yang akan masuk ;3
Ooyeah. Akhirnya aku dapat jugak beli lagi novel Hlovate. Hajat di hati nak beli novel Anthem. Tapi.. Nak buat macam mana, dekat Popular Bookstore takde stok novel Anthem. Kecewa cheq. Huhuhuh..
* * * *
First imperisson.
Well. Sekarang ni aku dah kenal sangat dengan novel Hlovate. Cover je nampak macam hard-rock, tapi isi dalam dia.. Perghh! Penuh dengan ilmu Quran dan Sunnah. Jadi aku pasti akan beli novel ni walaupun dulu masa aku zaman jahiliah punya jahiliah, aku takkan beli novel ni sebab cover dia tak lawo. Hahaha..
Watak.
Teeett. Nama hero dia Ashraff Omar dan cuba teka... Dalam imaginasi aku, aku pergi bayangkan yang si AO ni adalah budak poyo masa aku pergi Karnival Sains dan Teknologi tahun lepas. Huhh! Kacau imaginasi orang jelaa si Asyraf Poyo tu. Habis rosak imaginasi aku terhadap Ashraff Omar tu. Hm.
Favourite part.
Part yang paling aku suka ialah part dimana masa AO ni masih berada di dalam zaman jahiliah, dia pergi panjat bumbung porch rumah Minn. K. Sumpah sweet aku rasa. Sweet la sangat. Tapi aku memang suka part tu. Tak tahu laa kenapa. Semenjak peristiwa dia panjat bumbung porch rumah Minn, AO terus insaf. Wuuuu..Quote.
Sebab kenapa aku suka baca novel Hlovate, sebab dia ada banyak quote. Dan quote tu memang rare nak jumpa. Quote yang paling aku suka ialah,
"You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better.”
K. Memang terkena batang hidung sendiri la quote ni.
Komen.
Haaa. Jangan lupa untuk beli novel ni kepada sesiapa yang belum lagi beli. Confirm korang tak rugi membelinya. Novel ini insya Allah akan memberi anda kesedaran untuk berubah ke jalan yang baik. Macam aku.. Semenjak baca novel-novel Hlovate, aku ada kesedaran sikit untuk berhijrah. Tapi.. Tahu jelaa, aku ni jenis yang hati batu. Liat sungguh nak berubah. Setakat berubah sikit-sikit tu boleh la. Kalau nak perubahan yang drastik, tu susah laa aku nak buat. Wuhuuu~ Masa aku baca novel ni kan, aku dok replay lagu Justin Timberlake - Mirror cover by Sam Tsui. Perghh.. Memang feel habis! Hahahaha ;)
Cheq mintak diri dulu naaa. Satgi cheq nak mula ulangkaji, esok cheq ada Sejarah kertas 3. Hihihihi. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..
Pesanan ikhlas daripada Hlovate sendiri.Tulisan Hlovate macam tulisan aku sikit. Huhuhuhu ;D
3 comments :
Perghh... Nk beli r !
Beli. Jangan tak beli ;3
apa tjuk lagu blog awak?
Post a Comment