About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, April 29, 2013

Review Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia! - Zura Asyfar



Muka Surat : 897
Tempoh : Kurang 48 jam.

Assalamualaikum.
K. Aku baru habis baca novel 'Sebenarnya, Aku Isteri Dia!' semalam. Sebenarnya dah lama aku nampak novel ni dekat bookstore, sebelum novel ni diadaptasikan menjadi drama di Tv3. Tapi nak buat macam mana, aku ni jenis yang rambang mata kalau nampak buku banyak dekat bookstore. Jadi dimata aku pada masa lalu, novel ni hanya menjadi pilihan terakhir untuk memilikinya. Hahahaha. Sebab aku jadikan novel ni pilihan yang terakhir sebab, tajuk dia yang agak 'matang' tu. Kekekeke XD

First imperisson.
Aku memang nak beli novel ni. Tapi memandangkan duit tidak mengizinkan, jadi aku beli buku yang penting dulu. Heee.. Bila kawan-kawan aku yang lain dah baca, lepas tuh cakap yang novel ni best. Aku terus lupakan buku yang penting tu. Aku terus beli novel ni. Hahahaha..

Watak.
Okay. Bak kata Ibu aku, "Ibu hampir keliru dengan watak Farish dengan Firash ni. Nasib baik la si Farish ni mati cepat wataknya, jadi senang Ibu nak kenal si Firash tu". Lol. Aku pun mula-mula keliru jugak dengan si Firash dan Farish ni. Tapi lama-kelamaan, aku dah okay. Aku rasa sekarang ni aku dah ter-falling in love dengan si Firash Arshad ni. OMG~! Rasa macam nak tolak tepi Syed Adam Aizril dan Shark tu. Hahahaha.. 

Firash ni... Aku rasa sweet sangat dan agak 'rakus'. K. Faham-faham sendirilah maksud 'rakus' tu. Aku rasa kalau lelaki tu muda dari perempuan, mesti dia layan perempuan tu dengan caring kan. Sebab aku dapat rasakan yang sikap Firash ni sama macam watak Shark dalam novel Lazuardi tu. Tapi cuma Shark tu takdelah 'rakus' pun macam si Firash tu.

Nama anak Firash dan Syafa Aqira ni, pelik gila kot! Tergeliat urat lidah aku nak menyebut nama anak mereka. Nama anak mereka memang nama anak zaman sekarang. Nampak moden..

Favourite part.
Bagi aku banyak sangat favourite partnya.. Tapi aku paling suka masa part dimana Chad cium pipi Qira. K. Part tu teramatlah comelnya. Masa tengah baca part tu, aku blushing je kerjanya. Hahaha..

Novel ni takde part yang buat aku menangis. Walaupun masa si Farish tu meninggal, aku tiada reaksi kasihan pun pada part tu. Aku buat 'watlekwatkewl' aku je. Kekekeke.. Bak kata Una, "Kau ni memang hati batu".

Komen.
Komen aku ialah aku dapat merasakan yang novel ni setanding dengan novel keramat aku iaitu novel, 'Andai Itu Takdirnya'. Kira novel ni berada di tangga yang kedua dalam senarai favourite novel dalam hidup aku. Novel 'Andai Itu Takdirnya' tetap berada di nombor satu sebab watak dalam novel tu lebih kejam dari novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!'.

Kalau laa dalam novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!' ada part yang boleh aku menangis meleleh air hingus tu, aku memang tabik spring la. Walau apa pun, novel ni memang best! Aku salute la pada Puan Zura Asyfar ni. *angkat kening double-jerk*

Sebenarnya la kan, aku tak pernah tengok drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia' dekat tv pun. Sebabnya aku tak nak watak lelaki dalam novel ni akan mempengaruhi imaginasi aku masa aku tengah baca novel tu. Tapi memandangkan aku dah habis baca novel ni, jadi aku akan tengok versi yang telah diadaptasikan tu. Izzue Islam.. Tiz Zaqyah.. 

Kalau la Izzue Islam warnakan rambut dia kepada hitam, confirm memang menjadi Firash Arshad yang sebenar-benarnya. Walaupun dalam novel tu dia tak cakap yang rambut Firash tu hitam, tapi dalam imaginasi aku rambut Firash berwarna hitam sebab dalam novel, Firash ni jarang tinggal solat. Maknanya, rambut mesti la warna hitam sebab kalau 'blonde', macam mana wuduk nak sahkan..

Beli tau novel ni. Aku gerenti 100% yang korang takkan rugi membelinya.
Okla. Aku nak bersiap untuk berbuka puasa. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara.



4 comments :

ikki skyangel said...

nampak macam best.. terasa nak baca pulak. haha

Raihanah Ariff said...

Baca la. Rugi kalau tak baca ;3

Mon said...

sekejapnya bacaaa T__T saya beli buku ni and then nak dekat seminggu tak habis2 baca lg. pastu bawa pergi sekolah kena rampas hahaha tak sempat habis baca. so, berapa stars? 5 stars ? lol

Raihanah Ariff said...

Alahai kesiannya kena rampas novel tu..

Den bagi 5 star untuk novel ni sebab rasanya penulis ni baru pertama kali tulis novel, jadi novel pertama pun dah best macam ni, kira penulis tu hebat la. Hehehe :D