About Stuff Linkies Fanfic Journal

Wednesday, December 16, 2015

new looks




Assalamualaikum and hello gais!
Okay, aku memang tengah tahap mereput dekat rumah layan anime; Kimi Ni Todoke, Tokyo Ghoul & etc, Running Man dan Oh My Venus. So aku saja je nak refresh balik ingatan aku pasal edit blog ni sementara tunggu Running Man habis buffering. Lagipun I'm sick with old design untuk blog ni. Design matured with white background (perghhh matured bakhangg hahaha).



Nak dekat tiga jam aku hadap kod-kod blog ni semata-mata nak tukar background blog je. Tiga jam okay bukan tiga puluh minit! Punyalah aku struggle cari kat google, kat blog tutorial orang lain untuk tukar background blog je. Akhirnya aku bukak blog fanfic aku and aku bandingkan kod blog tu dengan kod blog ni sebab both of these blogs aku guna template yang sama. Nampak sangat skill edit blog aku dah berkarat huhuhuhu :p




Aku rasa ni first time aku buat header guna clipping mask walaupun aku agak pro (bagi akulah.. aku pro bab ni) dalam clipping mask ni. Aku guna gambar galaxy, walaupun pada hakikatnya aku nak guna gambar Arctic Monkeys tapi kalau guna gambar deme, lubang hidung Alex Turner tak nampak kalau buat clipping mask ni. Lol. Header blog ni aku rasa cam tak centre je even aku dah ukur elok-elok dah. Hmmm.

Ok. Tu je nak merepek hari ni. Bye. 
Sayonara.

1 comment :

Melissa Muklis said...

tapi tapi.. header tu simple dan cantik :D