About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, December 30, 2013

Review Novel : Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian



Muka Surat : 560

Tempoh : Kurang dari 24 jam.


Assalamualaikum.

Ok, bulan lepas aku baca novel "Cinta Sambal Belacan by Junie Octovian". Pinjam novel orang je, aku tak beli. Aku lebih suka beli komik dari novel cinta. Yehet!

First imperisson.
Sekali pandang, cover dia takde la menarik mana. Ekstrem gila apabila font untuk perkataan CINTA dan BELACAN tu guna font yang berbentuk batu. Dan siap ada rama-rama lagi dekat lesung batu tu.. Macam takde kena mengena je ke aku sendiri yang tak faham maksud cover novel tu? Tapi lepas baca, best. Best. Sungguh tak tipu. Memang best.

Watak.
Aku suka watak Lily Athira. Dia sopan, cantik, pandai, hebat di dapur. Senang cerita watak Lily Athira ni memang complete untuk ciri-ciri bakal menantu yang mentua cari kalau nak dijadikan isteri untuk si anak teruna tu. Dan yang paling best watak Lily Athira ni memang tenang dan sabar. Kau mintak la dia masak apa, confirm dia masak. Sambal belacan yang kau tak pernah jumpa pun, dia boleh buatkan..

Favourite part.
Hmm.. Apa favourite part dalam ni hah?  Bagi aku part yang Tengku Azri tu masuk hospital sebab sakit apa ke, dan doktor yang merawat dia ialah bekas isteri dia, Lily Athira. Masa tu Tengku Azri minta ambilkan apa, lepas tu Lily Athira buat nongen je. Huhuhu. Balas dendam balik. Dulu suka sangat buli Lily Athira, sekarang dia kena batang hidung balik. RLAB.

Komen.
Bagi aku novel ni best walaupun cover novel ini tak lawa sangat, "nak jugak mention pasal cover dia tu" lewls! Watak-watak dia best. Ada banyak nilai kekeluargaan dalam novel ini. Ada banyak nilai murni yang mungkin kita boleh contohi. 

Novel ini sesuai untuk anak dara yang tak beberapa nak pro memasak tu macam aku *angkat kening double-jerk*. Sebab novel ini boleh bagi kita pembakar semangat untuk jadi gadis yang se-perfect Lily Athira. Dalam erti kata lain, menjadi pembakar semangat untuk kita lebih rajin duduk di dapur berbanding tercongok di depan tv mahupun laptop.

Kepada yang belum lagi baca novel ini, dijemput untuk membacanya sebab gerenti best novel ini. Kalau malas sangat nak beli novel ini, pergi je pinjam dekat perpustakaan awam. Confirm ada novel-novel ini. Heee ;__;  Aku tak pernah lagi pinjam novel cinta kat perpustakaan awam, jadi aku tak tahu sama ada novel ini atau tidak dekat sana. Tapi aku rasa ada.. Hmmm..

Sayonara.



1 comment :

Kay said...

XD serious pelik yg cover batu tu.