About Stuff Linkies Fanfic Journal

Sunday, October 06, 2013

The Master's Sun




Assalamualaikum.

Ok. Aku baru lepas habis tengok drama The Master's Sun dekat website 'gooddrama'. Aku tak dapat nak tunggu untuk lagi 4 minggu semata-mata nak habiskan drama tu dekat One HD. Jadi aku tengok jela dekat internet walaupun aku ni jenis yang malas gila nak tengok video dekat laptop ;__;

Omonoo~ Drama tu superb best kot! Apa yang aku tahu, orang kata drama ni sepatutnya 16 episode je tapi disebabkan rating drama ni jauh lebih tinggi daripada jangkaan Tuan Director, jadi dia tambah satu lagi episode. Tak tahu la betul ke idok, tapi aku tengok last episode dia adalah episode yang ke 17. 

Dah lama rasanya aku tak tengok drama se-best cenggini. Dan drama ni banyak buat aku menangis. Sampai mata aku bengkak woo.. Demmit! .__. Kadang-kadang hantu dalam The Master's Sun ni agak creepy doh. Tapi ada jugak hantu yang kelakar sampai buat aku ketawa tak ingat dunia. Macam hantu pelumba lari yang dekat taman tu. lol. Sumpah aku rasa kelakar gila hantu tu..

Tbvh, aku tak tengok cerita tu sejak dari episode 1. Rasanya aku mula tengok sejak episode 8. Ok. Agak kesian disitu... Aku tak tengok sejak episode 1 sebab masa mula-mula drama ni ditayangkan di One HD, remote astro aku buat hal. Tak boleh nak tukarkan drama tu bagi ada subtitle. Takkan la aku nak tengok drama tu tanpa ada subtitle, aku ni bukanlah hebat sangat dalam Bahasa Korea. Setakat "mok-ja, anj, saranghae, bogoshipo, mianhae dan etc" boleh la. Jadi lepas dah beli remote baru, baru boleh tengok drama tu. Pfft ._. 

Aku cuma nak cakap The Master's Sun superb best sebab dia kelakar gila, sedih gila, seram gila.. Ohooo~! Cer kira berapa banyak 'gila' aku mention. Walaupun aku rasa hero dia, So Ji Sub tu takde la handsome mana sebab bahu dia besar sangat, tak sesuai dengan saiz kepala dia *lol*, tapi lakonan dia terbaik woo.. Pertama kali, aku rasa seseorang pelakon tu bawak watak 'annoying' tapi tak annoying langsung. Malah lagi comel pulak kalau si Ji Sub ahjussi ni bawak watak sombong dan annoying dia tu. Hohoo! Dan heroin dia kiut mehh. Especially masa dia kena rasuk dengan hantu mana ntah, dia buat muka comel dekat Joo Joong Won semata-mata nak makan ais-krim. Ok. Ok. Ok. Comel gila wehh~

Kena blah dulu!
Sayonara.











// Joo Joong Won ni masa muda, Myungsoo yang jadi dia. Ok. Superb kacak woo 'laki' aku. Hohoo! *perasan* Malam ni OneGreatStep concert dekat Singapore, 'laki' aku tu dekat je dengan Malaysia. ;__; Malangnya aku tak duduk dekat Johor, kalau idok dah lama aku seberang Johor tu nak pergi Singapore semata-mata nak jumpa Inpiniteu. lol XD

3 comments :

ifharz fizo said...

paan un baru minat cerita ni katanya best eh ? hehe okay minta akak jemput singgah ye http://ifharzcho.blogspot.com/2013/10/kisah-doodle-order.html

Soo Hyun said...

best uhh ^^

CikWunny said...

ya...hantu part lumba lari tu memang tak boleh blah..kelakar gila..haha..
teringat lagi part joong won cakap "kkeojo" sambil tangai lambai kat muka..hihi :)

*Saja blogwalking