About Stuff Linkies Fanfic Journal

Sunday, September 22, 2013

Review Novel : Asrama - Muhammad Fatrim


Muka Surat : 287

Tempoh : 24 jam.

Assalamualaikum.
Ok. Aku dah buntu. Tak tahu nak buat entry apa kat blog ni. Haih. Setelah sebulan something aku menyepi, akhirnya aku post jugak sesuatu kat blog ni. Tepuk tangan sikit!

Aku nak review novel Asrama. Dah lama sebenarnya aku baca novel ni. Tapi baru sekarang nak buat review novel ni dalam blog ni. 

Ok. Ni pertama kali aku beli novel dari publisher Buku Fixi. Sumpah, sekali kau baca novel Fixi, selama-lamanya kau ketagih! Macam aku. Setiap minggu aku terpacak kat depan kedai buku semata-mata nak beli novel Fixi. Okay. SETIAP MINGGU aku beli novel Fixi! Fuhh.. Gaya macam kaya sangat beli novel setiap minggu. Sedangkan aku buat muka pengemis depan mak bapak aku, semata-mata nak pinjam duit beli novel. lol. 

First imperisson.
Excited nak try baca novel dari Buku Fixi. Jadi aku beli Asrama. Sebab aku tak pernah pun duduk dekat asrama, walaupun dah berapa banyak kali aku mohon nak masuk sekolah asrama tapi asyik kena reject je. Pfft! Jadi aku beli Asrama sebab nak tahu ada apa dekat Asrama. Berhantukah seperti yang selalu orang katakan? Dan cover buku ni gila la gempak! Lawa gila la beb..

Watak.
Aku suka watak utama dia. Dahlia. Dia degil dan aku rasa dia amat berani. Elok-elok belajar dekat sekolah asrama yang tiptop, tapi nak tukar sekolah. Nak bersekolah dekat asrama buruk yang macam apa jeh. Dan aku suka juga watak-watak yang ada dalam geng Queen. Gila celaka punya perangai la watak dalam geng Queen tu! Memang macam Drama Queen sungguh..

Favourite Part.
Aku suka gila part yang nak dekat ending tu. Yang apabila Dahlia dongakkan kepala nak tengok ada apa dekat atas pokok. Ada sebuah kepala wanita tanpa badan ada atas pokok ara besar sambil tersenyum pada Dahlia. Siap darah dari mulut wanita tu jatuh kat atas muka Dahlia lagi.. Masa tu aku dah seram sejuk.

Komen
Pertama kali baca novel yang ber-genre seram dan sekarang aku dah ketagih nak baca novel yang sebegitu. Terima kasih kepada Buku Fixi dan novel Asrama sebab ajar aku supaya ketagih baca novel yang ber-genre seram dan urban. Kepada ulat buku sekalian, jangan lupa beli novel Asrama kalau belum beli lagi. Kalau dah beli, kita geng. lol. *angkat kening double jerk* Buat adik-adik yang duduk dekat asrama tu, akak (tetiba tukar kata ganti nama diri pulak) ni haa nak pesan supaya jangan baca novel ni, kalau adik-adik tu penakut tahap dewa. Tapi kalau yang jenis berani macam pahlawan, boleh la baca.. Kang dah baca novel ni, takut pulak nak duduk dekat asrama. 

Aku bagi empat setengah bintang. Sebab aku tak tahu sama ada novel ni perfect ke tak. Jadi buat pertama kali baca novel seram, aku bagi empat setengah bintang. Keep it up, penulis novel Asrama! Nanti kalau buat novel seram lagi, bagi seram tahap dewa tau.. lol.

Sayonara.

3 comments :

farhan irfan said...

Minhae ! perhhh paan suka novel genre seram phewww

jemput baca entry ifharzcho.blogspot.com/2013/09/kenapa-berbogel.html

♥ Lia Abdillah ♥ said...

best ek? lia nk try, tpi tkut nanti jadi takut utk skolah asrama sbb next year nak msuk skolah asrama. hmm

Muhammad Fatrim said...

Salam awak,

Terima Kasih sebab buat review Novel ASRAMA tulisan saya. Terima Kasih membeli dan menyokong. Terharu dengan reviewnya.

Terus menyokong FIXI. Teruskan membaca!

Terima Kasih! Arigato Gozaimasu! Nandre! Thank You!

Regards,
Muhammad Fatrim