"Gambar ni aku edit. Tapi credit to empunya orang yang tangkap gambar ni."
Assalamualaikum, annyeong dan helo!
Akhirnya, dapat jugak aku peluang untuk update blog. Weee... Weee.. Wee... Sebelum tu, entri ni agak panjang. Jadi sesiapa yang rasa malas nak baca entri pepanjang, jangan lah baca entri ni. Terutamanya bagi yang bukan Kpoppers. Sebab entri ni pasal Golden Disk Awards yang diadakan di Malaysia beberapa hari yang lalu.
Aku telah mengalami MENTAL BREAKDOWN yang amat teruk semasa Golden Disk Awards berlangsung. Pergi sekolah pun takde semangat. Makan pun takde selera, tbh aku rasa ni la first time aku kena mental breakdown teruk macam ni sekali. Tapi alhamdulillah, sebab aku dapat tengok live streaming masa GDA hari pertama. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku tengok B2ST live. Masa aku buka link live streaming tu, nama BEAST diumumkan untuk pemenang anugerah apa ntah. "Aku bukan faham apa yang mereka cakap. Fully hangul." Masa tuh, aku gembira gila sampai menangis depan labtop. Lepas tuh, BEAST buat persembahan. Kalau ikut perancangan BEAST akan nyanyi tiga buah lagu. Tapi disebabkan ada masalah, jadi BEAST hanya nyanyi dua buah lagu je. Special dan Beautiful Night. Fiction mereka tak nyanyi. Selang beberapa puluh mint pula, nama BEAST disebut lagi untuk anugerah lagi satu. K. Untuk kali kedua, aku menangis sebab terharu. BEAST dapat banyak awards untuk GDA. Bak kata aku, "Tuah BEAST di Malaysia." Aku rasa awards yang mereka menang merupakan hadiah untuk mereka sebab tahun lepas BEAST tak pernah pun datang Malaysia. Mungkin sebab ada sesetengah 'orang besar' di Malaysia ni tak suka dengan kehadiran artis Korea.
Hari kedua pula, aku tak dapat tengok GDA live streaming sebab orang yang buat live streaming masa hari pertama tu tak nak buat live streaming untuk hari kedua. Frust gila aku! Tak dapat nak tengok BAP perform. Tapi nasib baik la aku dapat tengok GDA hari pertama. Terlepas juga rindu aku terhadap 6 Jejaka Handsome, BEAST tu. Lepas tuh, dah elok-elok aku terima hakikat yang aku memang takde peluang nak pergi GDA jumpa namja-namja aku, dekat Twitter @NazimOthman tweet gambar dia dengan BEAST dan Yoseob. Nazim Othman cakap dia tak pergi GDA tapi dia duduk satu hotel dengan BEAST, BTOB dan B1A4. "Saje leteww nak duduk satu hotel dengan abe-abe aku." Masa tuh, aku automatik macam kena electric shock. *nyanyi lagu f(x) - Electric Shock* Terus aku kena mental breakdown balik semula. Aku rasa macam aku dah takde harapan nak jumpa mereka FTF dah. Aku menangis. Sebab jelly yang teramat sangat, sampai homework aku pun tak siap. Lepas aku fikir balik semula, nasib baik yang Nazim Othman tu lelaki. Kalau perempuan agaknya, tak tahu la apa yang akan terjadi dekat aku.
"I listen to their songs everyday, and today is my lucky day :-)" - Nazim Othman
"Yoseob was so cool & friendly! I'm such a happy fan! :-)" - Nazim Othman
Ooyeah. Dengar kata, Chanyeol bawak balik ke Korea keropok udang dari Malaysia. Masa tuh aku dah tersengih sorang-sorang depan Twitter. Sumpah comel je Chanyeol. Aku tengah bayang rupa Chanyeol makan keropok udang tu. LOL! Mesti comel giloss.. Tak lama lagi, kita akan dapat dengar rumor yang Chanyeol akan menjadi duta keropok udang Malaysia. Ahahahah.. Ooyeah! Kpoppers dekat Twitter bila eja Malaysia je, pasti akan eja macam ni MaLAYsia. Hihihihi.. Bahagian LAY dia caps lock-kan sebab ada nama Lay. LOL!
Aku tak puas hati dengan Buletin Utama malam semalam. Aku punya la lama tunggu depan TV semata-mata nak tengok footage pasal GDA, tapi footage tu pendek gila. Aku rasa tak sampai 3 minit pun footage tu dekat Buletin Utama. Dah la asyik preview show yang Miss A dan SISTAR buat je. Yang boy groups, hanya BAP. Gatal betul! Puihh.. Hahahahah..
Akhir sekali, tahniah kepada semua K-Idols yang menang awards dekat GDA. Kalau free, datang Malaysia lagi. Bak kata Kris, "KLIA is the calmest airport.." Di Malaysia selamat. Insya Allah.. Buat masa sekarang takde pulak dengar cerita artis luar datang Malaysia dan telah ditemui mati di Malaysia. Takde lagi.. Dan kepada Kpoppers yang pergi GDA ataupun pergi jemput semua K-Idols dekat KLIA, aku jelly gila dengan anda. Sekian. Kena blah dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara...
PS : Kalau nak tengok performance K-Idols masa di GDA, search sendiri di Youtube. Berlambak fancam masa dekat GDA tu.