About Stuff Linkies Fanfic Journal

Saturday, February 04, 2012

Sulk T__T


Assalamualaikum + annyeong !

\Bissmilahirrahmanirahim/ Hello peeps! Okay. Hana straight to the point jelaa, sebab Hana ni kalau nak memulakan sesuatu mukadimah/ intro memang lemah. Tengok macam sekarang, intro entri ni dah merapu + meraban dah..

Sebenarnya Hana merajuk dengan kawan-kawan Hana yang menjadi top 20 student 8A PMR dan cikgu-cikgu dekat sekolah Hana sejak semalam. Hana merajuk sebab masa awal tahun harituh, cikgu cakap cikgu target semua pelajar kelas 3 Setia akan datang 8A. Tup tupp... Semalam cikgu masuk kelas Hana dah hanya memanggil 20 orang nama pelajar sahaja yang cikgu target untuk mendapat 8A untuk PMR tahun ni. Dalam kelas 3 Setia ada 40 orang pelajar termasuk Amirul Farhan, budak baru pindah dari SMKA tu.. Cikgu kalau yea pun nak panggil 20 orang nama tu, panggil la secara rahsia-rahsia. Ini tak.. Panggil kat depan 40 pelajar kelas 3 Setia.. Cikgu tahu tak masa cikgu tak panggil nama saya, hati saya hancur tahu tak... Masa tu saya rasa give up sangat nak belajar sebab cikgu tak target saya untuk mendapat 8A. Yea, saya tahu saya ni bukan pandai sangat. Saya hanya pelajar biasa yang cikgu beri target pada saya hanya 7A 1B je. Kalau cikgu panggil 25 orang pelajar, Insya Allah saya salah seorangnya sebab saya berada di tangga ke-24.

Cikgu tahu tak, saya balik rumah semalam saya terus tidur sebab saya tension sebab tak jadi top 20 student 8A PMR 2012. Masa saya solat zohor semalam, saya menangis. Masa saya beritahu ibu saya yang saya tak jadi top 20 student, saya menangis juga sebab saya tak dapat nak buat ibu saya bangga dengan saya. Tapi ibu saya cool.. Dia nasihatkan saya supaya jangan cepat give up. Sebab masa UPSR beberapa tahun yang lalu, saya takde langsung dalam target pelajar 5A, 4A, 3A.. Tapi dengan usaha yang saya buat dan izin Allah, saya hanya mendapat 4A sahaja. Itu pun saya rasa bersyukur sangat walaupun masa tu saya tahu ibu saya malu sangat sebab semua anak-anak kawan dia dapat 5A. Saya seorang je yang tak dapat 5A..

Ibu Hana cakap, "nak mencapai sesuatu target itu mudah tetapi nak me-maintain-kan sesuatu target itu susah.." Lepas dengar ibu Hana berceramah, Hana terus okay sikit. Ibu Hana cakap lagi, "alah tak payah nak stress kalau tak dapat jadi top 20 student 8A. Kak Ngah belajar relax je macam man Kak Ngah belajar selalu. Kalau jadi top 20 student lagi stress, sebab cikgu dah bagi tekanan.. Kak Ngah struggling gila-gilaa biar masa keluar keputusan PMR tu semua cikgu terkejut sebab cikgu tak jangka yang Kak Ngah akan dapat 8A. Buat semua cikgu terkejut beruk.." Itulah pesanan yang ibu Hana cakap pada Hana. Honestly, thanks mom because makes me calm for a while.. I love chuu, ibu ! ♥

By de wayyy.. Hana sekarang tengah baca novel Siti Rosmizah yang bertajuk 7 Hari Mencintaiku. Actually, dah lama Hana nak baca novel tu. Sejak dari tahun lepas Hana nak baca tapi takde kesempatan nak baca. Terima kasih kepada senior paling macho dekat sekolah Hana, iaitu Abang Hadi sebab sudi bagi Hana pinjam novel tu. "Kalau Abang Hadi nak pinjam novel saya lagi, bagitahu je saya. Nanti saya bagi pinjam. Saya tahu Abang Hadi tak sempat nak habis baca novel yang Abang Hadi pinjam tahun lepaskan sebab Abang Hadi takut saya marah bagi pinjam novel lama-lama.. Don't worry Abang Hadi. Saya ni orang baik. Saya tak marah kalau orang tu nak pinjam barang saya lama-lama asalkan orang tu pandai jaga barang saya + tak buat harta benda saya macam hak milik dia. Abang Hadi, saya dah balutkan novel Abang Hadi tu.." \Ecehh, macam laa Abang Hadi nak baca pesanan yang aku tulis ni.. Puihh!/

Ooyeah! Lupa pulak nak cakap. Hana join pertandingan photography anjuran Tourism Perak sebab tahu 2012 kan tahun melawat Perak. Seriously, first time join Hana tak harapkan apa-apa kemenangan sebab Hana ni pun hanya photograher amatur je pun. Lagipun ramai lagi pesaing yang berbakat yang akan menang. Dalam kelas Hana, yang join pertandingan ni hanya Hana, Una dan Syiqin. Tak silap Hana, kami bertiga je yang join pertandingan tu. Pertandingan ni peringkat terbuka sekolah. Kalau menang hadiah dia bernilai, RM 16 ribu. Bernilaikan hadiah dia? Hana dah ada idea untuk pertandingan ni. Tapi cikgu tak tetapkan lagi apa tema untuk Hana jadi Hana tak mulakan lagi sesi pengambaran ni..

Okayla. Sampai di sini sahaja. Cuti sampai hari Selasa je, tapi homework bagi macam cuti tu sampai hari Isnin minggu lagi satu.. Byebye. Assalamualaikum~

Today is B2ST Beautiful Show concert at Seoul

2 comments :

nanajoe said...

ah . it's okay kalau tak dalam list 20 top student :) seriously , macam ibu hana cakap tu, memang tension kalau jadi student target straight A's . Akak dah rasa dah pun masa pmr haritu . dan tahun ni akak tak masuk pun dalam list target straight a's spm -.- sedih tu mmg sedih ler. tapi dlm masa yg sama happy jugak XD dah cukup dah stress yg ada ni .

btw . goodluck untuk pertandingan photography tu :D hwaiting ~

deeja said...

baek jgn jadi top 20 kalau tak dpt malu n kecewa nanti ~ ;3 saya dah rasa ~~~ ;<