About Stuff Linkies Fanfic Journal

Friday, December 11, 2015

Review Novel: Tanya Dia Tentang Cinta - Ameera Ameer




Muka Surat: 586
Tempoh: Kirang 24 jam


Assalamualaikum and hello everybody!

Well... I'm back gaiss! Sekarang aku tengah menikmati cuti semester. Yohooo~! Lepas hampir dua bulan aku struggle ulangkaji untuk final exam sem satu (study last minit memang cenggini..), akhirnya dapat jugak aku release stress dengan membuat aktiviti kegemaran aku. Dan antara aktiviti fav. aku masa cuti ni sudah semestinya membaca novel. 

Novel ni aku pinjam daripada cousin aku. Habis je exam, aku terus pergi rumah cousin aku dan mintak beberapa novel. Huhuu~ Pelajar cam aku ni memang sengkek, takde duit nak beli novel. Hanya mampu pinjam novel orang je. Hehe. 

Hari ni kita buat review novel Tanya Dia Tentang Cinta, karya Ameera Ameer.

* * * *

First impression. Aku memang species manusia yang sebelum nak baca novel tu kena tengok nama watak dia. Apabila aku tengok nama watak perempuan dia... macam unik dan panjang so aku terus decide nak baca novel ni. Lagipun cousin aku yang recommend untuk aku baca novel ni. Then, cover novel ni... pertama kali aku tengok cover dia, aku nampak bear yang merah menyala tu haaa. Sungguh kontra dengan background yang lain-lain (nampak tak aku applykan apa yang aku belajar subjek seni selama ni dalam memberi pandangan tentang cover novel ni?) lol. 

Watak. Bagi aku watak Ziyad Uzair ni memang cheesy gilaa la. Dengan romantiknya yang omg! Dan yang paling best, watak Ziyad ni pandai memujuk, means bila wife dia merajuk, dia pandai pujuk wife dia dengan sekelip mata jeh. Haaaa. Dan watak Ziyad ni memang matang laa. Aku suka dengan kematangan dia tu~ Walaubagaimanapun, aku lebih suka watak Adif sebab dia jenis yang chill dan caring tentang kawan dia! Tbvh aku lebih fangirling terhadap Adif berbanding Ziyad. LMAO.

Favourite part. Aku suka part Ziyad suruh Puteri masakkan ikan siakap stim... lastly Ziyad yang masakkan sebab Puteri dok termenung hadap ikan tu sebab dia tak reti nak siang ikan siakap. Tak habis menuntut ilmu dengan mama dia. Hahaha. Satu lagi part yang membuatkan aku menangis bila salah seorang pesakit Ziyad meninggal. Gosh! Memang basahlah pipi aku ni dengan air mata bila baca part tu sebab aku memang tengah feel membaca masa tu. (Nampak sangat aku ni hati tisu!)

Komen. Aku bagi 4 bintang sebab novel ni ada pengisian ilmu. Dalam novel ni ada tentang hadis-hadis, pesanan yang bernas dan memberi impak sedikit sebanyak pada aku. Good job, penulis Ameera Ameer sebab berjaya buat tangkai hati aku goyah dengan pesanan ala-ala tarbiah sentap tu. Lol.


Puteri Chempaka Emelyn suka tulips, but sorry not so sorry aku takde bunga tulips so novel tu akan tangkap gambar dengan bunga Baby Breath yang aku beli beberapa hari yang lepas. Lol.

2 comments :

Anonymous said...

nice story! hmm.. sy pun suka baca novel time cuti sekolah. hehee

Unknown said...

dah bace novel2 penulis Ameera Ameer yg lain? karya2 penulis ni semua ye best2..