Assalamualaikum.
Okay. Memandangkan sisa-sisa cuti sekolah ada lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi, jadi kalau boleh aku nak buat tutorial sikit. Adalah beberapa orang request suruh aku buat tutorial pasal cover fanfic. Lagipun dah lama aku tak buat tutorial baru. Kalau ditengokkkan, dalam tahun ni takde langsung tutorial yang aku buat. Tahun hiatus la katakan. SPM tahun ni. Wuuu~
Haaaa.. Aku ada buat cerpen/ fanfic baru. Hmph. Nak katakan fanfic pun tak jugak sebab dalam karya baharu aku ni aku tak masukkan mana-mana artis. Semua watak dalam cerita tu fresh dari imaginasi aku. Jadi aku panggil cerita tu sebagai cerpen yang bermuka surat sebanyak 10 helai. Aku buat cover untuk cerpen tu pun, guna gambar yang ditangkap sendiri. Inilah yang dikatakan sebagai gambar-recycle. Memandangkan cerpen aku bertajuk ada kena mengena pasal langit-awan, jadi aku buat cover cerpen guna gambar langit-awan yang aku tangkap dahulu.
Kalau nak baca cerpen terbaru aku yang bertajuk, "Awan Putih, Langit Kelabu" silalah tekan link pada tajuk cerpen tu. Haaa. Jom kita mulakan tutorial kita!
1. Buka gambar yang anda nak jadikan sebagai cover fanfic anda di Adobe Photoshop.
2. Tekan 'layer' > 'duplicate layer'.
3. Tekan 'image' > 'adjustments' > 'desaturate'.
4. Tekan 'eraser' dan adjust opacity eraser tu. Tapi sebelum tu, tengok anda tekan layer mana. Pastikan anda tekan pada layer yang dah anda duplicate tu sebelum tekan 'eraser'.
5. Lepas tu, anda 'brush' pada bahagian gambar yang anda nak tu. Memandangkan tajuk cerpen aku, Awan Putih, Langit Kelabu, jadi aku padam bahagian awan yang tadinya dah jadi kelabu supaya jadi warna asal iaitu biru-putih.
6. Anda tekan pula, Ctrl + Alt + I dan adjust size dia. Kalau macam aku, aku guna gambar yang original dari dalam DSLR aku yang bersaiz 4608 x 3072 dan tukarkan kepada 1000 x 667 supaya mudah nak crop.
7. Tekan pada icon 'crop' dan adjust size dia. Aku dah set size crop tu supaya jadi saiz yang nak aku gunakan terus sebagai cover fanfic. Size cover fanfic aku, 500 x 667.
8. Dan siap semua, dah letak tajuk dan quotes, anda boleh tekan 'layer' > 'flatten image'.
9. Dan anda boleh save. Siap!
Kalau ada bahagian yang tak faham, sila tanya aku. Insya Allah, I'll try my best to solve your problems.
Hmph. Sekolah dah nak bukak, homeworks tak siap lagi. Lagi nak dekat SPM, lagi malas aku dibuatnya. Heol!
Adios.
3 comments :
Haishh... cantik nya ^^
Rai lawanyeee ...suka la tgk .talented laa.
Thankies, Hanis :D
Post a Comment