About Stuff Linkies Fanfic Journal

Sunday, November 10, 2013

Tutorial : Photoshop - Install & Load Curve In Photoshop



Perubahan warna setelah menggunakan 'Curve The Fiction by Raihanah Ariff'


Assalamualaikum.

Hmm. Hari ni aku nak buat tutorial, "how to apply/ install curve in adobe photoshop". Sebenarnya dah lama someone minta tolong aku ajarkan cara nak edit gambar guna curve. Maybe some of you, fikir yang edit gambar guna curve hanya untuk cerahkan sesuatu gambar. Tapi sebenarnya, korang silap. Dulu aku pun fikir sebegitu juga, tapi setelah aku godek-godek Adobe Photoshop, rupanya curve bukan sahaja boleh bagi gambar tu cerah malahan boleh bagi gambar tu tukar warna. Kiranya kalau kau apply curve je pada gambar yang kau nak edit, boleh terus jadi "boom! gempak warna gambar tu ditukarkan.."

Sebelum tu aku nyatakan disini.. Tutorial ni agak panjang. Dah aku Insya Allah akan explain segalanya dengan details agar korang mudah faham. 


INSTALL DALAM PHOTOSHOP 

Step 1
Korang download Curve dekat google.
Lepas dah download, korang tekan file curve yang dah korang download tu.
Tekan 'right click' dan pilih 'copy'.



Step 2
Dah tekan 'copy' kan? 
Then korang pergi pada 'Computer' dan tekan 'right click' pada 'Local Disk (C:)'.



Step 3
Lepas dah tekan 'Local Disk (C:)'
Korang tekan pula pada 'Program Files'.



Step 4
Dalam 'Program Files', korang cari pula file 'Adobe'.



Step 5
Dalam file 'Adobe' ada macam-macam jenis Adobe (itu pun kalau korang download banyak Adobe la selain daripada Adobe Photoshop). 
Korang pilih 'Adobe Photoshop CS__' (depends on korang download Adobe Photoshop CS berapa. Macam aku, download Adobe Photoshop CS6)



Step 6
Dalam file 'Adobe Photoshop CS6', korang pilih file 'Presets'.



Step 7
Dah pilih file 'Presets', korang cari file 'Curves'.



Step 8
Dalam file 'Curves' tu, korang 'paste' file Curve yang memula korang copy tadi. 
Dan... Siap! 
Ni baru berjaya install curve dalam photoshop. Belum lagi load curve dalam photoshop :)



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

APPLY PADA GAMBAR

Step 1
Open gambar yang korang nak edit. 
Lepas tu, tekan 'Curves' macam dalam printscreen.



Step 2
Bagi yang pertama kali guna curve ni, korang kena 'load' dulu curve yang dah korang download dan dah korang install dalam photoshop. 
Tak kira la berapa banyak curve yang korang download, korang kena 'load' dulu sebelum 'apply' curve pada gambar. 




Step 3
Lepas dah tekan 'Load Curves Preset..' 
Korang cari file curve yang dah korang download tadi. 
Selalunya file yang korang download, pasti akan disimpan di file 'Download'
Jadi carilah file curve tu di file Download. Dah jumpa curve tu, tekan 'Load' ataupun tekan je button 'Enter' pada keyboard korang.

 



Step 4
Kalau dah pernah 'load' curve, korang tak payah ikut step 2 dan step 3.
Setiap kali korang nak guna curve yang sama pada gambar yang lain, korang boleh la ikut Step 1 dan tekan pada scroll yang ada macam dalam printscreen ni.
Dan pilihlah curve yang dah korang load dalam photoshop ni.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERINGATAN!
Sungguhpun korang dah install curve and load dalam photoshop, file Curve yang korang download tu tidak boleh dibuang. Sekiranya korang buang file Curve tu, kemungkinan besar curve tidak dapat digunakan pada gambar.


//Tekan gambar (printscreen) untuk mendapatkan tumbersaran yang sempurna (kualiti gambar).
Sekiranya ada bahagian yang korang tak faham, ringankan mulut dan tanya la aku. Insya Allah aku akan cuba sedaya upaya terangkan benda yang korang tak faham tu.

Ppyong.

No comments :