About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, December 31, 2012

Tutorial : Photoshop - Buat Line Di Luar Gambar

"All this time.. All this time.. I've been searching for you."

Assalamualaikum, annyeong, konnichiwa dan helo!
Sebelum masuk tahun 2013, aku nak bagi post dalam masa 2012 menjadi 100 post. Kalau campur dengan post ni, dah jadi 98 post untuk tahun 2012. Pada hari terakhir 2012, aku akan post lagi dua entry. Insha Allah..

Okay, malam ni aku nak buat tutorial pasal buat line luar gambar. Tutorial ni khas buat yang baru belajar nak buat poster untuk fanfic ataupun grafik. Benda alah ni aku cari dekat google. Dan aku tak tahu apa nama tutorial yang aku nak buat ni. Jadi aku bagi nama, "Line Luar Gambar". Kalau nak buat gambar jadi macam gambar bawah ni, sila la ikut tutorial ni. Kalau tak nak boleh blah. Heee.. Gurau je!


1. Buka Adobe Photoshop anda. Buat canvas yang anda suka. Dan buka gambar yang anda nak buat line di luarnya.

2. Drag gambar yang anda nak buat line di luarnya masuk ke dalam canvas yang anda dah buat tadi.

3. Tekan right click pada gambar anda dan duplicate-kannya.


4. Tekan right click pada gambar yang anda dah duplicate tadi. Dan cari perkataan Blending Option.


5. Lepas tuh ikut sebijik rupa macam dalam gambar yang aku dah print screen ni. 


6. Lepas dah siap step 5 jangan tekan OK lagi. Anda pergi TICK pada perkataan STROKE. Dan ikut macam dalam gambar print screen ni. Dah siap tekan OK.


7. Anda drag Layer 1 Copy tu di bawah Layer 1.

8. Dan siap!

Senang jekan? Kalau tak faham, tanya aku. Insha Allah aku akan sedaya upaya perah otak untuk menjawab soalan tu. Kena blah dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara..

Click pada setiap gambar sekiranya anda mahukan tumbersaran yang sempurna.

1 comment :

Anonymous said...

nicee tuto