About Stuff Linkies Fanfic Journal

Monday, November 19, 2012

"Macam Dunia Ni Aku Yang Punya.."



Bissmilahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan hello guys!

Mula-mula sekali Hana nak mintak maaf sebab dah lama sangat tak update blog. Almaklumlah.. Hana ni baru je sihat dari kena demam panas. Cuaca sekarang kan tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas terik. Tu Hana kena demam panas. Sekarang ni pun Hana bukannya sihat sepenuhnya pun.

Sobss.. Sobss.. Dengar kata Abang Ammar MasterChef dah tersingkir. "Huaa... Kenapa dia terkeluar?! Kenapa?!" *menjerit macam orang gila sambil menarik-narik rambut sendiri* Sebenarnya Hana tak tengok pun MasterChef episod yang Abang Ammar kena singkir. Hana sekarang tengah duduk dekat rumah opah Hana sebab Ibu Hana pergi bercuti dengan kakak-kakaknya di Beijing. "Pergi meninggalkan anak masing-masing. Cehh!" Minggu depan inshaaAllah Hana akan pulang ke rumah sendiri. Heeee~ Hana nak sangat Abang Ammar masuk final. Tskk.. Tskk.. Ni ada gambar dia masa dia tersingkir. Hana curik dari facebook MasterChef. Hahahaha..

"Hana suka Along + Ammar. Mereka sweet sangat sebagai bestie ;)"

Hari tu Along keluar lepas tu masuk balik. Sekarang Ammar pulak keluar. Terpaksa Along bersendirian semula tanpa Ammar. Hari tu Ammar yang bersendirian tanpa Along. Haiyaa.. Ooyeh! Sebenarnya Hana nak cerita sikit ni. Sebenarnya ni cerita gembira bagi Hana. Tadikan Hana saje je tweet dekat twitter macam ni..


Lepas sejam, tiba-tiba Abang Ammar reply tweet Hana. Masa tuh Hana rasa macam dunia ni Hana yang punya. Woaw! Retis reply tweet Hana. LOL! Seriously Hana cakap, Hana rasa macam artis korea yang balas tweet Hana. Ahakss! "Kalau nak tunggu artis korea reply tweet aku, mahu dah tumbuh  jambang dekat muka aku ni.."

"Heee~ Tengok apa yang Abang Ammar reply dekat Hana. Kekekeke ;p"

Chef Jo ada pesan dekat Abang Ammar masa dia kena singkir, "Sambil terbang boleh masak.." Hahaha.. Sebenarnyakan, Abang Ammar ni antara ciri-ciri lelaki idaman Hana. Dah la dia handsome, seorang pilot, pandai masak pulak tu. Fuhh~ Semua ciri-ciri lelaki idaman Hana ada pada Abang Ammar. Mesti korang ingat Hana gatal sebab panggil Ammar sebagai Abang Ammar. Hana bukannya gatal tapi itu tanda Hana hormat kepada orang yang lebih tua dari Hana. Abang Ammar tu tua 7 tahun dari Hana. Lainlah kalau Zelo [B.A.P] tu Hana panggil dia Abang. Memang saja nak kena laa.. Tua setahun dari Hana je si Jelo tu. Ahakss! Tapi Hana saja gatal-gatal nak panggil dia Oppar sebab dia tinggi gila dari Hana. Tak tahu la dia makan apa tapi dia baru berumur 16 tahun, dah tinggi 180+. Perghh.. "Lari topik!"

Huhh.. Boring kot duduk rumah opah Hana ni. Dah la takde astro, internet pun slow macam siput je.. Stress dibuatnya bila nak tengok video dekat Youtube. Okayla, kena blaa dulu. Assalamualaikum, ppyong dan sayonara!

P/S : Hana dah siapkan satu oneshot fanfic dan beberapa chapter untuk fanfic Lemon Kiss. Tapi korang tak boleh baca lagi fanfic tu. Hana tengah edit blog fanfic tu. Buruk gila Hana edit. Puihhh!

Jangan lupa teruskan berdoa untuk penduduk Gaza.. Sungguhpun orang Islam tiada senjata sehebat orang Israel, tapi kita ada Allah..

No comments :