About Stuff Linkies Fanfic Journal

Sunday, August 21, 2011

I Found The Alien

No comments :


( Dah macam ribbon Ehsan Upin Ipin je aku tengok Junhyung punya ]


Holla - holla ..

Adoii ~ Sakit nya pinggang Hana ni . Itu lah tanda orang nak tua . Asyik sakit anggota badan jekk . Okay , actually sakit pinggang ni sebab shopping tanpa henti selama 4 jam tadi , bukan pasal penyakit orang tua . 4 jam berjalan satu shopping complex tu . Semua tingkat Hana menjelajah tadi . Semua ni sebab nak beli baju raya adik-adik Hana . Yang paling banyak songeh nak pilih baju , si Jolie [ adik lelaki ] . \ nak pilih baju mengalahkan perempuan pilih baju jekk / Hana dah pilih yang smart punya t-shirt untuk dia , tapi dia boleh kata tak menarik la buruk la . \ Nak jugak aku kasi penyepak si Jolie ni / . Nak pilih dia punya 3 pakaian kira-kira mengambil masa 2 jam setengah . Belum masuk pakaian si Maggie [ adik perempuan ] lagi . Nasib baik la si Maggie ni senang je dia nak pilih baju raya dia \ Kalau perangai dia macam Jolie , dah lama Hana kasi dia cubitan ' manis '/ .

Okay stop pasal shopping tadi . Actually bukan itu yang Hana nak story-kan . Tengok tajuk entry ni , pasal alien kan ? Jangan salah faham , Hana tak jumpa alien pun . Hana just jumpa kapal UFO jekk \ aku buat lawak bodoh , kasi 2 kupang cepat ! / Cerita dia begini , tadi masa tunggu adik-adik Hana try baju raya dalam fitting room Hana saja je jalan dekat bahagian permainan kanak-kanak . Best wokk ! ada patung barbie , patung cinderella , game Ben 10 , ultraman dan lain-lain lagi \ dah macam kanak-kanak riang je aku ni / . Masa Hana main teddy bear dekat bahagian permainan tu , Hana terjumpa patung yang sesuai untuk Dongwoon . \ Kiut beb , wa cakap / . Dulu Hana pernah cakap dekat twinnie Hana yang Hana nak kasi Dongwoon patung . Tak sangka jumpa patung yang sesuai untuk Dongwoon . Nak tengok patung apa yang Hana nak kasi dekat Dongwoon ? Kejap ekk , Hana nak upload picture ni ...


Comel tak ? Hana suka yang belah kanan . Tapi badan dia agak keras . Yang belah kiri sekali , badan dia lembut . Kalau dapat peluk , sure terlelap terus . Tadi Hana try cari warna purple , tapi tak jumpa . Yang tinggal warna hijau and kuning jekk . \sorry Dongwoon . tak jumpa warna favourite you . mianhae / . Tak silap Hana ada sorang kakak dekat FB Hana kasi patung yang belah kanan sekali dekat Kang Min Hyuk , drummer CN Blue [ namja chinggu Hana yang ke-2 ] . Then patung tu Min Hyuk bawak tidur . Jealous tengok kakak tu , sebab barang yang dia kasi dibawa tidur oleh bias dia >,< Hana harap kalau Hana kasi patung ni dekat Dongwoon , Dongwoon bawak tidur . Kalau Dongwoon peluk patung tu , seolah-olah dia peluk Hana . Aww sweet nya ! \ berangan kejap /.

Heheh ~ Hana cerita punya gempak kan ? Actually , Hana tak beli lagi patung tu . Tak berani nak beli patung tu depan omma Hana . Kalau omma Hana tahu yang Hana habiskan duit sebab nak beli patung tu lepas tu nak kasi patung tu dekat Dongwoon , mahu mati Hana dengan serangan bebelan omma Hana . \Kalah serangan Power Rangers tau serangan bebelan omma Hana/ . Mesti korang pelikkan , kenapa Hana panggil patung tu alien . Act, Hana tak tahu tu binatang apa . Nak kata rupa rabbit , ada la sikit . So Hana panggil dia alien , sebab tak sure tu binatang apa . Kekeke :] \ alien tu ada rupa patung cat nippon paint je Hana tengok XD / Lepas raya nanti , Hana nak suruh kawan Hana tolong belikan alien tu . I'Allah ~

Okay laa , byebye ... Mahu tidur , esok nak bangun awal sahur + pergi sekolah . Homework tak siap lagi , tapi buat bodoh je . Tak usik pun homework atas meja. Assalammualaikum :]

p/s : picture low quality . pakai handphone Sony Ericsson murah Hana :p \ hentam je la english dalam entry ni /

One day , I know I would meet him face to face .
And , I want to give him this Alien personally .
- I you , Dongwoon -